00:00Menteri-menteri luar kesatuan Eropah EU yang bermesyuarat di Cyprus pada Khamis
00:05membincangkan pendekatan terhadap sebarang kemungkinan rundingan dengan Rusia.
00:09Rundingan itu ketika Ukraine mendesak Eropah memainkan peranan
00:12dalam perbincangan dengan Moscow dan Amerika Syarikat
00:15kini memberi tumpuan terhadap konflik melibatkan Iran.
00:19EU sebelum ini melaksanakan dasar mengasingkan Rusia
00:23susulan pencerobohan Moskow ke atas Ukraine pada 2022
00:27selain turut mengenakan sekatan dan menghadkan hubungan politik
00:30serta diplomatik peringkat tinggi dengan Rusia.
00:34Bagaimanapun, dengan rundingan yang diterajui Amerika untuk menamatkan konflik itu
00:37masih belum menunjukkan kemajuan ketara dan perang kini memasuki tahun kelima
00:42beberapa pegawai Eropah berpandangan EU perlu bersedia apabila tiba masanya
00:47untuk mengadakan rundingan dengan Moskow.
00:50Menteri-menteri EU dijangka membincangkan perasyarat bagi sebarang rundingan
00:54mungkin diadakan serta matlamat yang ingin dicapai sekiranya blok itu
00:58memutuskan untuk menyertai rundingan.
01:01Ketika tiba bagi menghadiri mesyuarat itu,
01:04Ketua Dasar Luar EU Khayakalas berkata,
01:06blok tersebut tidak seharusnya terperangkap dalam perangkap Rusia
01:10dengan membincangkan siapa yang akan mewakili Eropah dalam rundingan masa depan
01:15kerana rundingan adalah usaha bersama.
01:17Menteri Luar Estonia, Margus Sakner pula berkata,
01:21Presiden Rusia Vladimir Putin tidak mahu berbincang
01:24dan EU perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pendirian Eropah.
01:29Kremlin pada rabu dilaporkan berkata,
01:31Putin terbuka kepada rundingan dengan Eropah.
01:34Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky sejak beberapa minggu lalu
01:37secara terbuka menggesa usaha diplomasi dipergiat semula
01:41dan Eropah menjadi sebahagian daripada proses itu.
01:43Perbincangan di Cyprus turut memberi tumpuan kepada situasi di Asia Barat
01:48dengan Menteri Luar Arab Saudi Putra Faisal bin Farhan Al Saud
01:52menghadiri mesyuarat berkenaan.
Comments