00:01Kumpulan Teknologi Kewangan Syaraka umumkan pembentukan usaha sama strategik bersama syarikat berpengkalan di Uzbekistan, Rakamal Limited.
00:09Ia sebagai langkah memperkukuh pengembangan penyelesaian teknologi kewangan inovatif berasaskan prinsip kewangan Islam di rantau Asia Tengah.
00:17Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syaraka, Datuk Hasnul Ismar Mohd Hasnul Ismail berkata, usaha sama itu merupakan langkah penting dalam peluaskan
00:26sokongan terhadap ekosistem kewangan digital yang lebih inklusif dengan prinsip kewangan Islam.
00:31Langkah itu juga membolehkan Syaraka bekerjasama rapat dengan rakam strategik bagi meneroka penyelesaian teknologi kewangan praktikal untuk menyokong minat yang
00:40semakin meningkat terhadap kewangan Islam di Uzbekistan dan rantau sekitarnya.
00:44Antara fokus utama kerjasama itu ialah pembangunan penyelesaian kewangan Islam di Uzbekistan termasuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan kewangan patuh syariah.
00:54Kerjasama tersebut turut mencerminkan komitmen kedua-dua organisasi dalam memajukan ekosistem teknologi kewangan dan memupuk pertumbuhan ekonomi inklusif menerusi inovasi
01:04digital.
Comments