Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Syarikat pengendali infrastruktur rel Belgium, Infrabel, memaklumkan impak kuat pelanggaran itu menyebabkan van mini terbabit remuk dan terbalik di bahu jalan berhampiran landasan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, empat individu termasuk dua remaja dilaporkan maut selepas sebuah van mini sekolah dirempuh kereta api di utara Belgium
00:08pada Selasa.
00:10Kemalangan berlaku jam 8 pagi waktu tempatan ketika kenderaan yang membawa tujuh kanak-kanak berkeperluan khas sedang melalui lintasan tersebut.
00:21Syarikat pengendali infrastruktur real Belgium, InfraBel, memaklumkan impak kuat pelanggaran itu menyebabkan van mini terbabit remok dan terbalik di bahu
00:30jalan berhampiran landasan.
00:33Menteri Mobiliti Belgium, Jean-Luc Crook, sahkan nahas itu turut mengorbankan pemandu van mini serta seorang lagi mangsa dewasa yang
00:40bertindak sebagai pengiring kumpulan pelajar.
00:43Seorang jurucakap InfraBel berkata rakaman CCTV menunjukkan palang keselamatan diturunkan sepenuhnya dan lampu amaran merah diaktifkan ketika insiden berlaku.
00:54Menurutnya, pemandu kereta api telah cuba menekan brake kecemasan sebaik menyedari kehadiran kenderaan berkenaan namun gagal mengelak pelanggaran.
01:03Tiada kecederaan fizikal dilaporkan dalam kalangan kira-kira 100 penumpang kereta api namun seorang individu menerima rawatan akibat kejutan emosi.
01:11Pihak pendakwa raya bersama pakar forensik pengangkutan kini menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.
Comments

Recommended