00:00Malaysia dan Maldif menumpukan kepada aspek cabaran global yang dikongsi bersama khususnya ancaman besar perubahan iklim dan kenaikan paras air
00:09laut terhadap sektor perikanan dan pertanian.
00:12Perkara itu antara topik yang dibincangkan sewaktu timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Said Ibrahim Said Nuh, menerima kunjungan
00:20hormat Pesuruh Jaya Tinggi Maldif ke Malaysia, Dr. Mariam Syabina Ahmad di Putrajaya pada Isnin.
00:29Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam atau NRES dalam kenyataan pada selasa memaklumkan pihaknya menyambut baik inovatif Maldif dalam peralihan
00:40kepada tenaga boleh baru
00:41seperti penerokaan tenaga termalautan bagi mengatasi kekangan pemasangan panel solar dan kaedah penangkapan ikan secara mampan yang diamalkan negara berkenaan.
00:52Tambah kenyataan itu, kedua-dua pihak turut senada mengenai keperluan mendesak untuk membina infrastruktur berdaya tahan terhadap iklim
01:02dan mempertingkatkan usaha pemuliharaan terumbu karang yang kian terancam akibat peningkatan suhu lautan.
01:09Bagi menyokong perkongsian teknologi dan penyelesaian hijau, NRES juga telah memanjangkan jemputan rasmi kepada delegasi Maldif
01:17untuk menyertai pameran dan persidangan antarabangsa teknologi hijau dan produk Eco Malaysia atau IGEM pada Oktober ini di pusat konvensyen
01:27Kuala Lumpur.
01:29Bersesuaian dengan tema perlumbaan ke arah pelepasan karbon sifar bersih, IGEM akan menjadi platform diplomasi hijau yang strategik
01:38bagi mempamerkan inovasi infrastruktur Pulau Pintar dan meneroka peluang padanan perniagaan dua hala.
Comments