00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah
00:03menzahirkan harapan supaya pihak berkaitan bertindak lebih proaktif
00:07dalam memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan infrastruktur lain
00:12disediakan sewajarnya kepada rakyat di seluruh Pahang, terutama di pedalaman.
00:18Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook maklumkan
00:20Baginda sentiasa menitik beratkan kebajikan rakyat dan mahu setiap lapisan masyarakat di negeri itu
00:26menikmati kemudahan asas yang sempurna demi kesejahteraan hidup yang lebih baik.
00:34Dalam peri itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada tenaga Nasional Berhad TNB
00:40serta Pejabat Tanah dan Daerah Cerantut atas tindakan pantas
00:44membantu menyediakan bekalan elektrik kepada sebuah keluarga di kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Cerantut.
00:50Baginda menzahirkan rasa sukacita apabila keluarga berkenaan yang hampir 13 tahun.
00:56Hidup tanpa bekalan elektrik, kini mula menerima kemudahan tersebut hasil tindakan segera pihak berkaitan.
01:02Sebelum ini, kisah keluarga tiga beranak itu mendapat perhatian ramai
01:06selepas mereka menahan konvoi kenderaan Sultan Pahang ketika melalui kampung Kuala Sat
01:11dengan memegang pelakat bertulis
01:13Ampun tuanku, mohon berhenti sekejap bagi mengadu masalah yang dihadapi.
01:19Baginda yang memandu sendiri kemudiannya berkenan berhenti dan mendengar luahan keluarga itu
01:24yang memaklumkan mereka telah sekian lama hidup tanpa bekalan elektrik.
01:29Susulan itu pihak TNB bersama Pejabat Tanah dan Daerah Cerantut
01:33mengambil tindakan segera dengan memasang peralatan serta kemudahan berkaitan
01:38sebelum bekalan elektrik berjaya disalukan ke rumah keluarga terbabit pada selasa.
Comments