00:00Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Majlis Peguam Malaysia
00:09mencabar penghentian proseding kes rasuah Yayasan Akal Budi terhadap beliau.
00:15Memetik bernama, Peguamnya Datuk Hamidi Muhammad Nuh berkata, permohonan kebenaran merayu telah difailkan pada Isnin dan Mahkamah menetapkan 9 Jun
00:24depan bagi pengurusan kes selanjutnya.
00:28Pada 7 Mei lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Majlis Peguam Malaysia untuk mencabar keputusan Peguam Negara pada 4 September 2023
00:38yang menghentikan proseding terhadap Ahmad Zahid.
00:42Keputusan itu sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Jun 2024 yang sebelum ini menolak permohonan Majlis Peguam
00:52untuk memulakan semakan kehakiman.
00:54Majlis Peguam turut memohon pengisytiharan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan Ahmad Zahid pelepasan tanpa pembebasan atau DNAA terhadap 47
01:06pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akal Budi adalah tidak sah dan terbatal.
01:11DNAA itu diberikan selepas pihak pendawaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara mahu menghentikan proseding bagi meneliti bukti baru.
01:22Terima kasih telah menonton!
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments