Skip to playerSkip to main content
Mahkamah Sesyen Alor Setar memerintahkan ejen hartanah yang menikam kenalan wanitanya dalam kejadian di Titi Gajah pada 17 Mei dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri.

Hakim N Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh, Muhammad Ilhamni Badaruddin, 32, dirujuk ke hospital berkenaan mengikut Sesyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781540/berita/semasa/tikam-ibu-tunggal-mahkamah-arah-ejen-hartanah-jalani-penilaian-psikiatri

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #psikiatri
Transcript
00:00Mahkamah Sesien Alusetar memerintahkan ejen hartanah yang menikam kenalan wanitanya dalam kejadian di Titik Gajah pada 17 Mei dihantar ke
00:10Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak untuk penilaian psikiatri.
00:14Hakim Nur Priscila Hema Malini membenarkan tertuduh Muhammad Ilhamni Badarudin, 32 tahun, dirujuk ke Hospital Berkenaan mengikut Seksyen 342 Kanun
00:26Tata Cara Jenayah.
00:27Permohonan tersebut dibuat oleh Peguam Tertuduh, Muhammad Hakim Hamran.
00:32Terdahulu, semasa pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa, tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan.
00:40Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Ilhamni didakwa melakukan cubaan membunuh dengan cara menikam leher Nurul Husna Qasmani, 35 tahun,
00:49menggunakan pisau di kawasan letak kereta sebuah restoran di Titik Gajah Kepala Batas kira-kira pukul 9.19 malam, 17
00:58Mei lalu.
00:59Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kurungan 1 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda,
01:08manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
01:16Pada proseding itu, Peguam Tertuduh memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai masalah mental dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.
01:26Pihaknya memohon satu perintah di bawah Seksyen 342 Kanun Tata Cara Jenayah diberikan untuk tertuduh mendapatkan penilaian dan rawatan psikiatri
01:35di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
01:38Ia berdasarkan alasan-alasan seperti berikut, iaitu tertuduh sebelum tarikh dalam pertuduhan sedang mendapatkan rawatan psikiatri berkala di HSB bagi
01:48merawat masalah mental.
01:49Mahkamah kemudiannya tidak memberikan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 2 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments

Recommended