Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kenyataan itu dibuat susulan gesaan berterusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mahu lebih banyak negara menyertai usaha normalisasi hubungan dengan Israel.
Transcript
00:00Pakistan tegaskan tidak akan sertai perjanjian Abraham bagi menormalisasikan hubungan diplomatik dengan Israel.
00:07Memetik media tempatan, Menteri Pertahanannya Hawajah Asif berkata,
00:12pendirian itu selaras dengan prinsip serta dasar luar Pakistan.
00:17Katanya Pakistan mempunyai pendirian jelas bahawa perkara itu tidak boleh diterima.
00:23Kenyataan itu dibuat susulan gesaan berterusan Presiden Amerika Syarikat,
00:27iaitu Donald Trump, yang mahu lebih banyak negara menyertai usaha normalisasi hubungan dengan Israel.
00:34Menerusi hantaran di platform truk sosial, Trump berkata,
00:37beliau telah menggesa beberapa negara termasuk Arab Saudi, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Pakistan, Turki, Mesir dan Jordan untuk menyertai
00:49perjanjian tersebut.
00:50Menurut beliau, penyertaan negara-negara itu dalam pakatan global termasuk Iran,
00:55sekiranya bersetuju dengan perjanjian damai boleh menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan di Asia Barat.
01:02Bagaimanapun, pendirian Pakistan menunjukkan cabaran diplomasi dihadapi Washington
01:07dalam usaha mendapatkan sokongan negara Islam utama untuk mengubah dasar luar mereka terhadap Israel.
01:14Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended