Skip to playerSkip to main content
Suasana hari wukuf di Arafah dimanfaatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan untuk menyantuni jemaah haji Malaysia sambil meninjau sendiri tahap kebajikan serta kemudahan yang disediakan kepada mereka di Tanah Suci.

Beliau meluangkan masa mengunjungi khemah penginapan jemaah di sini pada Selasa selain meninjau lokasi rawatan kesihatan yang disediakan sepanjang operasi masyair bagi memastikan keselesaan jemaah berada pada tahap terbaik.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781551/berita/nasional/cadangan-tambah-baik-maklum-balas-operasi-haji-diteliti---menteri-agama

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #arafah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Alhamdulillah, hari ini merupakan hari yang besar kepada seluruh Jemaah Haji
00:05bukan saja Jemaah Haji Malaysia tetapi seluruh dunia
00:08hari ini merupakan Hari Arafah
00:10InsyaAllah dalam masa 5 jam lagi
00:12kita akan solat zuhur dan akan mendengar khutubah Arafah
00:17jadi Alhamdulillah saya telah pun menziarahi
00:20meninjau sekitar kemah Jemaah Haji Malaysia
00:24dan bertanya khabar, beramah mesra
00:27dan Alhamdulillah kita dapatkan maklum balas yang sangat baik
00:30daripada semua Jemaah Haji kita
00:32mereka semuanya tetap dalam keadaan yang bersemangat
00:35ceria untuk menunaikan haji pada tahun ini
00:38dalam masa yang sama kami juga menziarahi
00:42Jemaah-Jemaah Haji kita yang diuji dengan ujian kesihatan
00:46kita nampak bagaimana petugas kesihatan kita
00:50memberikan treatment rawatan yang sangat-sangat profesional
00:53dan kita nampak bagaimana ia dilaksanakan dengan begitu sistematik sekali
00:57jadi marilah kita sama-sama berdoa
00:59moga-moga semua yang diuji dengan ujian kesihatan juga dapat
01:03menunaikan wukuf di Arafah dan menunaikan haji sebaiknya
01:06jadi kepada semua rakyat Malaysia
01:08doakan kami di sini moga-moga Haji Mabrur InsyaAllah
01:12jadi semuanya berada dalam keadaan yang Alhamdulillah
01:15kemudahan yang baik dan juga banyak maklum balas-maklum balas yang kami terima
01:20adalah sangat positif
01:22ada juga maklum balas yang konstruktif
01:24kita sudah ambil perhatian dan insyaAllah kita akan
01:27laksanakan cadangan-cadangan tersebut
01:29selamat menikmati
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended