Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.
Transcript
00:00Pengerusi Pakatan Harapan PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional BN, Datuk Seri Ahmad
00:08Zahid Hamidi bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya negeri PRN Johor dan Melaka.
00:15Anwar menjawab ringkas pertanyaan media ketika ditemui pada Majlis Agihan Perdana Lembu Korban, Madani, Parlimen Permatang Pauh pada Selasa.
00:23Perdana Menteri turut tidak menyatakan bila perbincangan bersama timbalan Perdana Menteri itu akan dibuat.
00:32Pada 17 Mei lalu, Anwar berhasrat untuk bertemu Ahmad Zahid bagi membincangkan mengenai pilihan raya negeri PRN Johor.
00:39Ia berhubung pendirian BN dan PH Johor bertanding solo pada PRN Johor akan datang.
00:46Anwar berharap rundingan akan berjalan dengan baik untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.
00:54Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended