Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Perkembangan itu disahkan oleh Inter Miami selepas pemain berusia 38 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke‑73 ketika pasukannya mencatat kemenangan dramatik 6-4 ke atas Philadelphia Union dalam aksi Major League Soccer (MLS).
Transcript
00:00Kebimbangan menyelubungi Kem Argentina apabila kaptannya Lionel Messi dilaporkan mengalami masalah otot hamstring kiri kurang tiga minggu sebelum bermulanya Piala
00:11Dunia. Perkembangan itu disahkan klubnya Inter Miami.
00:16Ia selepas pemain berusia 38 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-73 ketika pasukannya mencatat kemenangan dramatik 6-4
00:24ke atas Philadelphia Union dalam aksi Major League Soccer MLS.
00:30Messi dilihat memegang bahagian belakang perhanya sejurus melakukan sepakan percuma sebelum meminta untuk digantikan sekaligus mencetuskan tanda tanya terhadap tahap
00:39kecergasannya menjelang kejohanan terbesar dunia itu.
00:42Pemeriksaan lanjut mendapati bintang Argentina itu mengalami bebanan otot yang berkait dengan keletihan pada hamstring kirinya.
00:50Bagaimanapun tempoh pemulihan Messi belum dapat dipastikan dan bergantung kepada perkembangan tahap fizikal serta respon terhadap rawatan yang diterimanya.
01:00Jurulatih Inter Miami Guillermo Ollos sebelum ini menjelaskan keadaan itu berpunca daripada keletihan selain faktor permukaan padang yang berat yang
01:08menambah tekanan kepada pemain.
01:10Saingan MLS kini direhatkan sementara bagi memberi laluan kepada Piala Dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Meksiko
01:19dari 11 Jun hingga 19 Julai.
01:22Messi sebelum ini disenaraikan dalam skuad awal Argentina oleh Ketua Jurulatih Lionel Scaloni menjelang misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di
01:32Qatar pada 2022.
01:33Terima kasih kerana menonton!
01:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended