00:00Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani undang-undang yang membenarkan penggunaan tentera Rusia bagi melindungi rakyatnya yang disabitkan kesalahan atau ditahan
00:11oleh Mahkamah Asing atau Tribunal Antarabangsa.
00:14Perkara itu dimaklumkan menerusi dokumen yang diterbitkan di Portal Akta Perundangan pada Isnin.
00:23Antara dinyatakan dokumen itu adalah Angkatan Tentera Rusia Boleh dalam bidang kuasa mereka dilibatkan bagi melindungi rakyat Rusia yang ditangkap,
00:33ditahan atau didakwa berdasarkan keputusan Mahkamah Asing yang bertindak bagi pihak negara lain tanpa penyertaan Rusia.
00:40Ia juga terpakai untuk bidang kuasa yang tidak berasaskan perjanjian antarabangsa yang melibatkan Rusia atau Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa
00:51-Bangsa Bersatu.
00:53Undang-undang itu dijangka dikuat kuasa 10 hari selepas penerbitan rasminya.
00:57Langkah itu memperluas kuasa perundangan sedia ada yang mana pengerahan tentera di luar negara itu dibuat Putin dalam keadaan tindakan
01:06negara lain bercanggah dengan kepentingan Rusia.
01:08Pengerusi Duma Negara Rusia, Vyacheslav Volodin berkata, undang-undang itu perlu bagi melindungi rakyat Rusia kerana sistem keadilan Barat telah
01:18berubah menjadi sebuah jentera penindasan.
Comments