00:00Presiden Iran, Masud Pezashqian mengarahkan pemulihan akses internet antarabangsa di seluruh negara selepas sekatan hampir tiga bulan susulan ketegangan geopolitik.
00:10Menurut laporan media tempatan yang memetik Ketua Perhubungan Awam Kementerian Komunikasi Iran, langkah itu bertujuan mengembalikan capaian internet global kepada
00:19keadaan seperti sebelum Januari 2016.
00:25Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sattar Hashemi berkata proses teknikal bagi penyambungan semula rangkaian telah bermula.
00:35Agensi Berita Pelajar Iran ISNA melaporkan pelaksanaan arahan itu akan dilakukan secara berperingkat bermula selasa.
00:43Langkah berkenaan sekaligus menamatkan sekatan akses internet selama 87 hari yang menurut kumpulan pemantau Netblocks merupakan antara gangguan rangkaian paling
00:54lama direkodkan di negara itu.
00:56Sepanjang tempoh sekatan, majoriti penduduk hanya dapat mengakses laman dan platform domestik manakala sebahagian pengguna bergantung kepada rangkaian maya pribadi
01:06iaitu VPN.
01:08Sebagai latar belakang, pihak berkuasa Teheran mula menyekat internet antarabangsa pada 8 Januari lalu susulan demonstrasi anti-kerajaan berskala besar.
01:18Walaupun capaian sempat dipulihkan secara terhad pada Februari, akses penuh dikembali ditutup pada 28 Februari selepas serangan udara oleh AS
01:27dan Israel.
Comments