Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Harga emas telah merosot sekitar 14% sejak konflik tercetus pada penghujung Februari.
Transcript
00:00Pertama kembali, harga emas merosot selepas serangan Amerika Syarikat di Selat Hormuz menjejaskan keyakinan terhadap kemajuan rundingan bagi membuka semula
00:08laluan perairan strategi itu sekaligus mengekalkan risiko inflasi pada paras tinggi.
00:14Emas jatuh sehingga 0.7% kepada sekitar $4,540 Amerika se-ounce selepas meningkat sehari sebelumnya susulan kebimbangan bahawa
00:24serangan tersebut boleh menggagalkan rundingan damai.
00:28Harga minyak mentah brand pula melonjak lebih 2% apabila serangan itu meningkatkan risiko gangguan bekalan berpanjangan berikutan penutupan efektif
00:36laluan perairan tersebut.
00:38Harga emas telah merosot sekitar 14% sejak konflik tercetus pada penghujung Februari.
00:44Pedagang meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah apabila perang menyebabkan harga tenaga melonjak dan meningkatkan kebimbangan terhadap inflasi.
00:51Kos pinjaman yang lebih tinggi lazimnya memberi tekanan kepada emas kerana logam itu tidak menawarkan pulangan faedah.
00:58Ketua Strategi World Gold Council John Reid berkata pemulihan berterusan harga emas memerlukan logam itu bergerak bebas daripada kaitan dengan
01:08aset bersiko.
01:09Belum menambah, emas mempunyai peluang lebih baik untuk pulih menjelang hujung tahun walaupun konflik berakhir sekarang kerana keseimbangan tenaga global
01:17memerlukan masa untuk dipulihkan.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended