Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Di Malaysia, minat pelabur dipacu oleh pemangkin seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, dengan Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah menyumbang sebahagian besar daripada pelaburan yang diluluskan.
Transcript
00:00Pelaburan harta tanah di rantau Asia Pasifik mencatat suku tahunan paling kukuh sejak 2021.
00:06Menurut laporan terbaru Asia Pasifik Capital Market Insights oleh Knight Frank, jumlah keseluruhan pelaburan di seluruh rantau ini menjecah 64
00:15.6 bilion dolar Amerika pada suku pertama 2026.
00:20Jumlah pelaburan rentas sempadan pula meningkat 56.3% suku ke suku kepada 22.4 bilion dolar mencerminkan peningkatan semula
00:30pelaburan oleh dana institusi.
00:33Di Malaysia, minat pelabur dipacu oleh pemangkin seperti Zon Ekonomi Khas Johor Singapura dengan Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang
00:41dan Kedah.
00:42Menyumbang sebagian besar daripada pelaburan yang diluluskan, pelabur institusi antarabangsa terus menunjukkan keyakinan terhadap sektor pejabat.
00:51Disokong kadar kekosongan utama yang rendah, permintaan penyewa kukuh serta saluran pembangunan baru yang terhad.
00:58Pengarah urusan kubulan Knight Frank Malaysia, Keith Ui berkata, tren serantau itu turut tercermin dalam pasaran domestik.
01:06Menurutnya, bandar seperti Kuala Lumpur mencatatkan kadar sewa utama meningkat 1.3% suku ke suku kepada RM6.12 sekaki
01:16persegi sebulan dan kadar kekosongan 22.1% pada suku terkini.
01:22Pada masa sama, keluasan bersih boleh disewa dijangka berkembang hingga 0.6% menjelang 2027 di pusat bandar, sekaligus meningkatkan
01:33permintaan terhadap ruang berkualiti dan bersedia untuk masa depan.
01:37Walaupun Malaysia tidak tersenarai antara destinasi utama modal rentas sempadan dirantau Asia Pasifik, negara ini menarik minat pelabur yang semakin
01:46meningkat pada tahun 2025.
01:48Sektor hartanah Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan bernilai RM78.2 bilion, mewakili peningkatan 21.2% berbanding 2024, melibatkan 1,223
02:02projek, merangkumi pembangunan komersial, kediaman dan apartmen servis.
Comments

Recommended