Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Langkah itu mencetuskan kebimbangan terhadap pengembangan fiskal yang boleh menambah tekanan ke atas kedudukan kewangan negara yang sedia terbeban.
Transcript
00:00Perdana Menteri Jepun, Sanai Takeichi mengumumkan bakal menyediakan belanjawan tambahan bernilai kira-kira 3 triliun yen bersama dengan 19 bilion
00:09dolar Amerika.
00:10Langkah itu mencetuskan kebimbangan terhadap pengembangan fiskal yang boleh menambah tekanan ke atas kedudukan kewangan negara yang sedia terbeban.
00:20Belanjawan tambahan tersebut diumumkan selepas kerajaan memutuskan menggunakan kira-kira separuh daripada rezab kecemasan berjumlah 1 triliun yen bagi membiayai
00:31subsidi untuk mengurangkan bil utiliti rakyat.
00:34Tindakan itu sekaligus meningkatkan keperluan menambah semula rezab kecemasan berikutan risiko krisis berpanjangan di Asia Barat.
00:42Pada masa sama, Jepun turut meneruskan subsidi berasingan bagi menstabilkan harga petrol, namun langkah itu dilihat membebankan kewangan kerajaan apabila
00:52harga minyak kekal tinggi.
00:54Selain itu, Jepun merancang meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan tenaga nuklear bagi mengurangkan pergantungan negara terhadap bahan api fosil.
01:05Kerajaan menetapkan sasaran supaya 70% sumber tenaga negara menjelang tahun 2040 datang daripada tenaga boleh diperbaharui dan nuklear.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended