Skip to playerSkip to main content
Jutaan umat Islam termasuk jemaah haji dari Malaysia akan berwukuf di Arafah, kemuncak utama ibadah haji untuk memanjatkan doa, memohon keampunan dan pengharapan daripada Allah SWt.

#LaporanHaji2026
#KhabarHaji2026
Transcript
00:00Baik, jutaan umat Islam termasuk jemaah haji dari Malaysia akan berwukuf di Arafah, kemuncak utama ibadah haji untuk memanjatkan doa,
00:08memohonkan ampunan dan pengharapan daripada Allah SWT.
00:12Bumi Mekah menjadi saksi himpunan lebih 1.5 juta jemaah dari seluruh dunia. Laporan lanjut terus bersama Ehsan Yahya dan
00:19Hilal Azmi yang kini berada di Arafah.
00:25Terima kasih rakan di studio. Alhamdulillah, subhanallah, saya dan Hilal Azmi telahpun berada di bumi Arafah sebenarnya sejak malam tadi
00:35dan pasti ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh jemaah Malaysia.
00:4031,600 dengan tambahan 1.5 juta dan lebih seluruh jemaah haji Malaysia bagi 1447 Hijrah 2026.
00:54Dan pastinya momen di Arafah dan juga berwukuf di sini adalah momen yang paling utama dalam ibadah haji.
01:02Dan ini perkara yang ditunggu bukan sahaja saya dan juga Hilal tetapi keseluruhan jemaah dari seluruh dunia.
01:09Apa yang saya dapat kongsikan bahawa mungkin seketika nanti seluruh jemaah dapat kita saksikan air mata mungkin bergelinangan dan juga
01:20doa dipanjatkan termasuk segala keampunan dipohon terhadap Allah subhanahu wa ta'ala.
01:27Tetapi mengimbah sedikit apa yang berlaku sepanjang pagi ini dan juga hari ini adalah seawal pukul 6 pagi sebenarnya.
01:35Saya dan juga rakan media yang lain bersama dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Zulkifli Hassan
01:43untuk melawat ke beberapa lokasi maktab untuk jemaah haji Malaysia melihat keadaan semasa bagaimana tinjauan dan juga keadaan jemaah.
01:51Dan Alhamdulillah secara kolektifnya jemaah sangat berpuas hati dan gembira berada di sini dengan fasiliti yang ada dan sebagainya.
02:02Walaupun terdapat beberapa maklum balas secara konstruktif bagaimanapun itu dinyatakan oleh yang berhormat menteri yang akan ditambah baik dari semasa
02:14ke semasa.
02:15Dan melihat kepada secara keseluruhannya perjalanan dan juga keberadaan jemaah haji Malaysia di Arafah ini semuanya dalam keadaan baik.
02:25Masuk sahaja, dah ada sofa bed dan makanan juga disediakan dalam keadaan yang baik.
02:32Kemudahan tandas dalam keadaan yang tidak sempurna tetapi bersesuaian dengan keadaan kami yang berada di Arafah ketika ini.
02:43Apapun secara keseluruhannya, momen ini sangat penting untuk keseluruhan jemaah haji untuk melihat kembali
02:50dan juga menginsafi diri secara khususnya dan memanjatkan doa sebanyak-banyaknya.
02:56Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk suami, isteri, anak, keluarga dan juga sahabat handai termasuk dunia dan juga Malaysia
03:08secara amnya.
03:09Apapun kita mengharapkan agar segalanya dipermudahkan dan semoga wukuf dan juga Arafah ini memberi satu sinar yang baik dan dimakbulkan
03:21segala doa dan hajat yang dipinta oleh seluruh yang berada di sini dan seluruh jemaah dan juga muslimin dan muslimat
03:30seluruh dunia.
03:31Sekian dulu laporan saya, Ehsan Dahya dan juga Hilal Azmi dan pastinya perkembangan selepas ini kami bawakan juga
03:38bagaimana perjalanan ke Muzdalifah, ke Mina dan seterusnya berakhirlah untuk ibadah haji dalam tempoh Masyair bagi tahun 1447 Hijrah 2026.
03:53Saya Ehsan Dahya dan Hilal Azmi, laporan dari Bumi Mekah di Arafah.
Comments

Recommended