Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Biodiesel dilihat mampu menjadi lapisan perlindungan tambahan kepada bekalan tenaga negara, namun belum bersedia menggantikan diesel fosil secara besar-besaran jika krisis berlaku.
Transcript
00:00Biodiesel boleh menjadi sebahagian daripada polisi insurans tenaga negara, namun masih belum cukup kukuh untuk menjadi pelindungan utama sekiranya berlaku
00:09krisis bekalan diesel berskala besar.
00:11Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM, Prof. Madia Zulilham Zulkifli Lubes berkata,
00:20biodiesel lebih tepat dilihat sebagai lapisan pelindungan pambahan, bukan penyelesaian menyeluruh ketika negara berdepan tekanan tenaga.
00:29Biodiesel ni tidak boleh serta-merta lah menggantikan diesel berdasarkan fosil pada skala besar.
00:35Halangannya terutamanya infrastruktur lah untuk campuran, logistik, kos kan, sebagainya maknanya lah.
00:43Jadi biodiesel ni hari ini lebih tepat boleh disebut sebagai lapisan pelindungan tambahan lah, bukan payung penuh ketika krisis tenaga
00:54lah.
00:54Ia boleh mengurangkan sedikit tekanan import diesel dan memberi ruang kepada negara kita, Malaysia, untuk bernafas.
01:02Tapi belum cekuplah untuk 100% menjamin keselamatan tenaga negara secara meneru.
01:09Zulilham menegaskan negara tidak boleh menunggu krisis berlaku sebelum membina sistem sokongan tenaga yang lebih tersusun.
01:16Katanya, sekiranya biodiesel mahu dijadikan polisi insurans tenaga negara,
01:21pembangunannya perlu dilaksanakan secara bersepadu, fokus dan dilihat sebagai sebahagian daripada agenda keselamatan negara.
01:29Beliatru menambah biodiesel tidak wajar dilihat hanya sebagai agenda sawit atau alam sekitar.
01:34Sebaliknya, perlu diletakkan dalam kerangka lebih besar bagi memperkukuh daya tahan tenaga Malaysia.
Comments

Recommended