00:00Seterusnya Presiden Brazil Luis Inacio Lula del Silva memulakan rawatan radioterapi pencegahan selepas disahkan menghidap kanser kulit tahap awal.
00:11Menurut kenyataan rasmi pasukan perubatannya, pemimpin berusia 80 tahun itu sebelum ini menjalani prosedur membuang ketubuhan kecil pada kulit pada
00:2024 April lalu.
00:23Menurut Hospital Sirio Libanis, rawatan susulan melibatkan sesi radioterapi pada bahagian kulit kepala bagi mengelakkan pembentukan lesi baru.
00:33Jurucakap Pejabat Presiden memaklumkan bahawa Lula dijadualkan menjalani 15 sesi radioterapi sebagai langkah pencukahan selepas pengesanan awal kanser tersebut.
00:44Kanser kulit jenis lesi sel basal dikenalpasti pada peringkat awal yang biasanya lebih mudah dirawat jika dikesan segera.
00:54Walaupun menjalani rawatan, Lula dijangka terus melaksanakan tugas rasmi seperti biasa tanpa segatan terhadap jadual kerjanya.
01:03Perkembangan ini memberi isyarat positif bahawa keadaan kesihatan beliau kekal stabil.
01:09Lula dijangka bertanding untuk penggal keempat tetapi tidak berturut-turut dalam pilihan raya akan datang yang dijadual pada Oktober.
01:19Beliau kini dilaporkan mendahului beberapa pencabat utama termasuk tokoh sayap kanan Flavio Bolsonaro dalam tinjauan awal pusingan kedua.
01:28Lula merupakan presiden tertua yang sedang berkhidmat di Brazil menjadikan perkembangan kesihatannya antara isu yang menjadi tumpuan politik dan rakyat.
Comments