00:00Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB memberi amaran kekurangan dana yang serius ketika ini mengekang operasi kemanusiaan di wilayah Palestine yang
00:08diduduki,
00:09sekaligus menyebabkan lebih ramai penduduk berdepan kelaparan serta kekurangan akses kepada perkhidmatan asas.
00:15Timbalan Jurucakap PBB Farhan Haq berkata rayuan kecemasan 2026 yang memerlukan lebih 4 bilion dollar Amerika bagi membantu hampir 3
00:24juta penduduk di Gaza
00:25setakat ini hanya menerima sekitar 12% pembiayaan bersamaan kira-kira 490 juta dollar Amerika.
00:34Ujah beliau, kesan kekurangan dana itu amat ketara dalam aspek bantuan makanan.
00:40Di Gaza, PBB bersama rakan kemanusiaan kini hanya mampu menyokong dapur yang menyediakan kira-kira 1 juta hidangan sehari berbanding
00:491.8 juta hidangan sehari pada Februari lalu.
00:52Selain itu, satu daripada lima keluarga di Gaza didapati hanya makan sekali sehari,
00:58manakala sebagian ibu terpaksa mengorbankan makanan demi memastikan anak-anak mereka dapat makan.
01:05Jelas hak operasi kemanusiaan turut terjejas akibat sekatan terhadap kemasukan alat ganti penting
01:11termasuk penjana elektrik sokongan serta peralatan lain di samping kekurangan bahan api dan minyak enjin.
01:18Dalam pada itu, operasi ketenteraan yang berterusan di Gaza terus memberi kesan langsung tanpa henti kepada orang awam di wilayah
01:26tersebut.
01:27Seramai lebih 150 keluarga dilaporkan terpaksa berpindah dari kawasan timur Han Yunis dan timur Gaza City
01:34susulan pergerakan kereta kebal serta serangan pengeboman.
01:38Menurut laporan agensi antarabangsa, sebagian besar daripada 2.1 juta penduduk Gaza
01:44juga dilaporkan masih hidup dalam keadaan berpindah dan serba kekurangan.
01:50Sehubungan itu, PBB menegaskan bahawa orang awam mesti dilindungi,
01:55diberikan ruang untuk berpindah ke kawasan lebih selamat yang menyediakan keperluan asas
01:59serta dibenarkan pulang secara sukarela apabila keadaan mengizinkan.
Comments