00:00Kawalan keselamatan diperketat selain sekatan polis dijalankan di sekitar Beijing, China, menjelang lawatan rasmi dua hari Presiden Rusia Vladimir Putin
00:09ke negara itu pada Rabu.
00:11Kawalan serta sekatan pihak berkuasa itu diadakan di beberapa lokasi utama sekitar Beijing, termasuk lokasi utama di Chang'an Avenue
00:20dan dataran Tiananmen.
00:21Pasukan keselamatan berkawal di luar Zhongnanhai, kawasan kompleks berpagar, berhampiran kota larangan yang menempatkan pejabat serta kediaman kepimpinan parti komunis
00:32China.
00:33Lawatan Putin ke China ini juga diadakan hanya beberapa hari selepas Presiden China, Xi Jinping, menerima kunjungan rakan sejawatnya dari
00:41Amerika Syarikat, Donald Trump.
00:43Menjelang lawatan tersebut, Putin menyatakan bahawa Rusia dan China bersedia untuk saling menyokong dalam pelbagai isu termasuk perpaduan nasional dan
00:52pelindungan kedaulatan negara.
00:55Tegas Putin, hubungan antara kedua-dua negara kini telah mencapai tahap persefahaman dan kepercayaan yang belum pernah berlaku sebelum ini.
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments