Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan insiden tembakan maut di sebuah masjid di San Diego sebagai “situasi mengerikan”, ketika pihak berkuasa menyiasat kemungkinan motif jenayah kebencian selepas tiga lelaki terbunuh.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan insiden tembakan maut di sebuah masjid di San Diego sebagai satu situasi mengerikan ketika
00:09mana pihak berkuasa meneruskan siasatan terhadap kemungkinan motif jenayah kebencian.
00:15Katanya beliau telah menerima maklumat awal mengenai kejadian berkenaan dan menjangkakan lebih banyak perincian akan diperoleh dalam masa terdekat.
00:37Kenyataan itu dibuat susulan insiden tembakan di luar Pusat Islam San Diego pada Isnin yang mengorbankan tiga lelaki termasuk seorang
00:46pengawal keselamatan.
00:47Menurut pihak polis, dua remaja lelaki bersenjata dipercayai melepaskan tembakan sebelum ditemukan maut dipercayai akibat tembakan yang dilepaskan sendiri.
00:58Dalam pada itu, pihak berkuasa mengesahkan semua kanak-kanak yang menghadiri sekolah di kompleks masjid tersebut berada dalam keadaan selamat
01:07dan telah dikenalpasti.
01:09Siasatan kini dijalankan dengan bantuan Biro Siasatan Persekutuan AS, FBI, termasuk meneliti kemungkinan insiden itu bermotifkan kebencian.
Comments

Recommended