00:00Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa dengan anggota polis berpakaian lengkap taktikal bersenjata dikerahkan ke Pusat Islam San Diego susulan laporan
00:10mengenai kejadian penembak aktif.
00:12Pihak berkuasa terus mengesahkan keadaan di tempat kejadian kini berjaya dikawal.
00:18Jabatan Polis San Diego dalam kenyataannya berkata, anggotanya berada di lokasi selepas menerima laporan berhubung insiden berkenaan sementara kawasan sekitar
00:28dikepung dan diperiksa secara menyeluruh.
00:31Datuk Bandar San Diego Todd Gloria pula memaklumkan beliau menerima maklumat mengenai situasi penembak aktif di pusat berkenaan pada tengah
00:39hari waktu tempatan.
00:40Laporan yang memetik polis San Diego menyebut, tiga maut termasuk seorang pengawal keselamatan selepas dua remaja lelaki bersenjata melepaskan tembakan
00:50di Pusat Islam San Diego, California dalam kejadian yang kini disiasat pihak berkuasa sebagai jenayah kebencian.
00:58Bagaimanapun, motif sebenar insiden masih dalam siasatan.
01:01Masjid berkenaan terletak di daerah komersial dan perumahan Claremont di mana Pusat Islam berkenaan menempatkan masjid terbesar di San Diego.
01:11Di Pusat Islam itu, ia turut menempatkan Bright Horizon Academy, sebuah sekolah yang menyediakan pendidikan Islam.
01:18Walaupun insiden keganasan bersenjata kerap berlaku di tempat awam di Amerika Syarikat, komuniti Islam dan Yahudi di negara itu kini
01:26dilaporkan berada dalam keadaan semakin bimbang.
01:29Ketegangan itu meningkat sejak tentera Amerika dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari lalu yang mencetuskan
01:38perang pelarutan di rantau Asia Barat.
Comments