Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Bau mencurigakan di kawasan kejiranan membawa kepada penemuan mayat seorang pesara polis di dalam rumahnya di Taman Bukit Katil, Melaka. Mangsa yang tinggal bersendirian disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung, selepas beberapa hari tidak kelihatan oleh jiran. Tiada unsur jenayah ditemui dan pihak polis kini mengesan waris mangsa untuk tindakan lanjut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bau mencurigakan di kawasan kejiranan membawa kepada penemuan jasad seorang pesara polis yang meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman
00:07Bukit Katil Melaka pada Ahad.
00:09Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.30 petang
00:17sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian.
00:20Setibanya di lokasi pihak bomba kemudian dipanggil bagi memecahkan pintu rumah perkenaan sebelum menemukan mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun
00:30dalam keadaan tertiarap di ruang tamu.
00:33Pemeriksaan oleh pegawai penyiasat bersama pihak Hospital Melaka mendapati mangsa telah meninggal dunia.
00:38Tidak ada unsur jenayah dikesan pada tubuh mangsa dan menurut jiran, mangsa tinggal bersendirian dan tidak kelihatan keluar rumah sejak
00:464 hingga 5 hari sebelum bau kurang menyenangkan dihidu dari kediaman tersebut.
00:51Jelas Christopher, hasil berdasar siasat yang dijalankan di Hospital Melaka mendapati punca kematian mangsa adalah akibat masalah jantung.
00:59Susulan itu, pihak polis sedang merusaha mengesan serta menghubungi waris mangsa bagi tindakan lanjut.
Comments

Recommended