00:00Indonesia akan meneruskan import minyak mentah dari Rusia. Ia selepas pengecualian sementara oleh AS yang membenarkan penjualan minyak Rusia tertentu
00:09tamat pada 16 Mei.
00:15Memetik laporan agensi berita antara Ketua Pengarah Minyak dan Gas Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Laude Sulaiman berkata, proses
00:24import itu masih diteruskan sesulan lawatan timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Yuliat Tanjung ke Rusia baru-baru ini.
00:31Pada 17 April, Jabatan Perbendaraan AS mengeluarkan lesen AM yang membenarkan penjualan minyak Rusia yang telah dimuatkan ke dalam kapal
00:40setakat tarikh itu sehingga 16 Mei 2026.
00:45Laude berkata, keputusan Indonesia itu selaras dengan prinsip dasar luar negara bebas dan aktif yang telah lama diamalkan selain mengambil
00:53kira keanggotaan negara itu dalam BRICS, blok ekonomi yang diagotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
01:00Indonesia sebelum ini mengumumkan rancangan untuk mengimport sehingga 150 juta tong minyak mentah dari Rusia secara berperingkat sehingga penghujung 2026
01:10sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara serta memperbagaikan sumber bekalan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik global.
01:20Laude berkata, kerajaan mengutamakan bekalan bahan api yang mencukupi bagi memenuhi permintaan domestik serta keperluan industri.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments