Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang wanita warga emas berusia 84 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Fook Hin, Batu 12, Sandakan. Kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan rumah itu dipercayai menyebabkan mangsa terperangkap, sebelum ditemui di ruang tamu oleh pasukan bomba selepas api berjaya dipadamkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kejadian kebakaran melibatkan rumah jenis separuh kekal di Jalan Fukhin, Batu 12
00:09Sandakan pada Isnin Malam.
00:11Menurut Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Sandakan, Penolongkanan Penguasa Bomber, Jimmy Lagung, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.38
00:20minit malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Sandakan dikejarkan ke lokasi kejadian.
00:27Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 40 x 80 kaki persegi dengan hampir keseluruhan struktur telah musnah.
00:37Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancuran air daripada jentera water tanker.
00:46Tambah Jimmy, mangsa rentung berusia 81 tahun ditemui bomber di ruang tamu rumah pada jam 10.44 minit malam.
00:55Mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama tujuh yang lain dan dipercayai terperangkap ketika kebakaran.
01:01Kebakaran berjaya dipadamkan sekitar 9.35 minit malam sebelum anggota bertindak membawa keluar jasad mangsa warga emas tersebut.
01:10Terima kasih.
Comments

Recommended