Skip to playerSkip to main content
Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM200,000 terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran di Kampung Permatang Perawan, Pekan, tiga tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ke atas tertuduh, Cheong Chin Chong.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780528/berita/semasa/lelaki-didenda-rm200000-ceroboh-tanah-kerajaan-negeri-pahang

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #ceroboh #tanahkerajaan
Transcript
00:00Mahkamah Sessian Kuantan pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM200,000 terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah atas petuduhan mendiduki Tanah
00:10Kerajaan Negeri Tanpa Kebenaran di Kampung Permatang Perawan pekan tiga tahun lalu.
00:17Hakim Azman Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ke atas tertuduh
00:27Cheong Chin Chong.
00:28Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan selain melucut hakkan dua jengkawut miliknya kepada
00:39Kerajaan Negeri Pahang.
00:41Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.
00:45Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425-1-A Kanun Tanah Negara kerana menduduki Tanah Kerajaan
00:56Negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri pada 8 Ogos 2023.
01:01Perbuatan itu dilakukan dengan membuat laluan jalan ke kawasan permit pembalakan di lokasi berkenaan menggunakan dua jengkawut.
01:09tertuduh ditahan anggota penguatkuasa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang UPNP ketika sedang menjalankan aktiviti tersebut.
Comments

Recommended