00:00Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Isnin menerima satu petisyen untuk memutuskan kesahihan dekri darurat yang baru-baru ini dikuatkuasakan.
00:09Ia berkait dekri yang membenarkan pinjaman besar-besaran oleh kerajaan bagi menangani krisis tenaga dan peralihan infrastruktur.
00:19Dalam satu kenyataan, Mahkamah memaklumkan bahawa ia menerima petisyen daripada 133 anggota parlimen yang mendakwa dekri darurat yang membenarkan Kementerian
00:29Keuangan meminjam wang bagi mengurangkan kesan krisis tenaga dan menyokong peralihan tenaga negara itu gagal memenuhi keperluan perlembagaan.
00:38Sesulan penerimaan kes itu, Mahkamah mengarahkan Kabinet mengemukakan penjelasan rasmi serta bukti berkaitan dalam tempoh tujuh hari.
00:47Dekri yang diwartakan pada 9 Mei itu memberi kuasa kepada Kementerian Berkenaan untuk meminjam sehingga 400 bilion baht, kira-kira
00:5512.26 bilion dolar Amerika.
00:58Berdasarkan dua objektif utama, ia bertujuan membantu rakyat, petani dan perniagaan yang terjejas akibat krisis tenaga.
01:05Dekri itu turut memudahkan peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui menerusi promosi kenderaan mesra alam, pemasangan stesen
01:15pengecas elektrik dan pembangunan kemahiran bagi ekonomi tenaga baru.
01:19Kerajaan Thailand mempertahankan tindakan mengetepikan proses belanjawan parlimen yang lazim dengan menyatakan kesan serius akibat konflik serantau di Asia Barat.
01:29Menurut Dekri itu, kebergantungan tinggi Thailand terhadap impor tenaga telah menyebabkan peningkatan kos pengeluaran dan kos sehari hidup sekaligus memerlukan
01:38campur tangan segera dan tidak dapat dielakkan oleh kerajaan bagi melindungi kestabilan ekonomi negara Asia Tenggara itu.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments