00:00Sekurang-kurangnya, tiga maut dalam serangan drone secara besar-besaran di wilayah Moskow, Rusia.
00:06Menurut Governor Wilayah itu, Andrei Vorobyov, berbuala tiga pagi waktu tempatan, pasukan pertahanan udara menangkis serangan drone itu.
00:15Insiden itu menyebabkan dua lelaki maut di sebuah perkampungan dan di sana, serpihan drone menimpa sebuah bangunan yang sedang dalam
00:22pembinaan.
00:23Tambah Vorobyov, seorang wanita juga dilaporkan maut selepas sebuah drone mengenai sebuah rumah di Kim Ki.
00:30Manakala seorang lagi masih tertimbus di bawah runtuhan.
00:33Beliau berkata bangunan pangsapuri di bandar Krasnagos turut terkena serangan tanpa melibatkan kemalangan jiwa, manakala di daerah bandar Isra, empat
00:42orang cedera.
00:43Drone berkenaan juga menyasarkan kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan perbandaran.
00:48Lapor agensi berita tas yang memetik Datuk Bandar Moskow, Sergei Sobyanin, pertahanan udara memusnahkan 81 drone yang menuju ke Moskow
00:56sejak tengah malam,
00:57menjadikannya serangan terbesar ke atas ibu negara itu dalam tempoh lebih setahun.
01:0212 orang dilaporkan dua, kebanyakannya berhampiran pintu masuk kilang penapisan minyak Moskow, manakala tiga rumah mengalami kerosakan.
01:10Dalam pada itu, lapangan terbang antarabangsa Sheremetyevo yang terbesar di negara itu berkata,
01:15serpihan drone jatuh di kawasan lapangan terbang berkenaan namun tidak menyebabkan sebarang kerosakan.
01:21Kementerian Pertahanan Rusia berkata, 556 drone berjaya ditembak jatuh di seluruh negara sepanjang malam hingga pagi.
Comments