00:00Seramai 81 warga asing ditahan melalui Ops Sapu dilaksanakan di sekitar bandar Sibu serta Selanggau pada Sabtu dan Ahad lalu.
00:09Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak berkata operasi itu dijalankan, hasil aduan awam dan risikan yang dilakukan ke atas beberapa primis serta
00:18lokasi disyaki menjadi penempatan dan transit warga asing.
00:24Imigresen dalam satu kenyataan maklumkan daripada 114 individu yang diperiksa, 81 warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah
00:34Seksyen 6-1-C, Seksyen 15-1-C dan Seksyen 55-E Akta Imigresen.
00:43Mereka yang ditahan terdiri daripada 50 lelaki, 18 perempuan, 5 kanak-kanak lelaki dan 8 kanak-kanak perempuan.
00:52Kesemua ditahan terdiri daripada 80 warga Indonesia dan seorang warga Filipina yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan serta permit sah ketika
01:00pemeriksaan dijalankan.
01:02Turut dikenakan, tindakan dalam operasi itu ialah seorang majikan tempatan yang disyaki melindungi atau menggaji warga asing tanpa dokumen sah.
01:11Kesemua ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen SIBU untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Comments