Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Kerajaan digesa membatalkan had bulanan 200 liter petrol RON95 bersubsidi bagi penduduk Sabah dan Sarawak susulan jarak perjalanan jauh yang dikatakan membebankan rakyat serta menjejaskan aktiviti ekonomi harian.

Transcript
00:00Kerajaan digesa meningkatkan had bulanan 200 liter petrol RON95 bersubsidi untuk penduduk Sabah dan Sarawak.
00:07Naib Presiden Parti Maju Sabah SAPP, Ji Tiansyong, berkata keadaan geografi dan jarak perjalanan yang jauh di kedua-dua negeri
00:15tersebut dikatakan menjejaskan mobiliti dan ekonomi rakyat.
00:20Jelasnya RON95 bersubsidi pada harga RM1.99 se-liter masih menjadi talian hayat utama untuk urusan harian penduduk Sabah dan
00:29Sarawak.
00:30Kekurangan pilihan pengangkutan awam seperti rangkaian kereta api pula menyebabkan penduduk bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian bagi merentasi jarak jauh.
00:39Menurut Tiansyong, had 200 liter sebulan sudah membebankan keluarga terutama bagi perjalanan antara kota Kinabalu dan Tawau yang menjangkau sekitar
00:49450 km sahala.
00:51Katanya kuota tersebut boleh habis sepenuhnya dalam tempoh tiga perjalanan pergi dan balik sahaja.
00:57Beliau berkata ramai penduduk terpaksa mengurangkan pergerakan apabila kuota habis kerana tidak mampu menanggung kos bahan api tanpa subsidi yang
01:05lebih tinggi.
01:06Keadaan itu memberi kesan langsung kepada aktiviti ekonomi dan perdagangan tempatan apabila penduduk terpaksa mengehadkan perjalanan mereka.
01:14Sehubungan itu, Tiansyong menolak cadangan penyasaran subsidi T20 menerusi program Budi 95 dan menggesa kerajaan memastikan harga RON 95 kekal
01:24pada RM1.99 se liter tanpa had untuk penduduk Sabah dan Sarawak.
Comments

Recommended