Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Presiden AS Donald Trump memberi amaran akan meningkatkan serangan udara terhadap Iran jika perjanjian damai gagal dicapai, sementara Iran menegaskan Washington perlu membayar harga atas konflik yang berlaku. Kedua‑dua pihak dilaporkan hampir mencapai memorandum untuk menamatkan perang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, Presiden Donald Trump pada Rabu memberi amaran akan meningkatkan serangan udara terhadap Iran sekiranya perjanjian damai gagal dicapai.
00:08Dalam satu hantaran di platform True Social, Trump berkata sekiranya Iran bersetuju dengan perkara yang telah dipersetujui sebelum ini,
00:15konflik yang digelarnya sebagai epic ferry akan berakhir dan sekatan laut akan ditamatkan.
00:22Pada hari yang sama, Pembantu Kanan Tentera kepada Pemimpin Agung Iran, Mohsin Reza'i berkata,
00:28Teheran tidak akan membenarkan Amerika Syarikat berundur daripada krisis tanpa membayar sebarang harga.
00:34Dalam satu wawancara, Reza'i menyifatkan cadangan Amerika Syarikat untuk membuka semula selah hormus sebagai sekadar sandiwara
00:41yang bertujuan memudahkan pengunduran Washington dari rantau itu.
00:45Beliau menegaskan, Amerika Syarikat perlu membayar pampasan atas kerugian yang ditanggung Iran
00:50sambil menambah bahawa Teheran pasti akan menuntut hak dan pampasan yang sewajarnya.
00:55Gencata-sejata antara Amerika dan Iran berkuat kuasa pada 8 April,
00:59namun rundingan di Islamabad pada 11 dan 12 April gagal mencapai persetujuan.
01:04Selepas rundingan gagal, Amerika Syarikat menggunakan sekatan laut ke atas selah hormus
01:07yang kekal menjadi titik utama pertikaian sehingga kini.
Comments

Recommended