00:00Iran akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat namun ia tidak bermaksud negara itu berunding dalam apa jua keadaan atau menerima
00:07sebarang tindakan pihak lawan.
00:10Memetik laporan Al-Jazeera, Ahli Parlimen Kanan Iran, Ibrahim Azizi menegaskan Teheran telah menetapkan garis merah dan ia mesti dipatuhi.
00:18Ibrahim turut memberi bayangan bahawa keputusan menghantar delegasi ke Islamabad bergantung kepada sama ada Teheran menerima isyarat positif daripada Washington.
00:27Malah katanya Iran tidak gentar terhadap prinsip rundingan dan keputusan lanjut hanya akan dibuat selepas penilaian terhadap perkembangan semasa serta
00:36mesej yang diterima daripada pasukan perunding Washington.
00:39Bekas komanda pengawal revolusi Iran IRGC itu juga menegaskan rundingan tersebut akan berlandaskan sepenuhnya kepada kepentingan dan keselamatan negara.
00:48Ibrahim berkata rundingan dengan Washington hanya akan diteruskan sekiranya terdapat petanda positif daripada kedua-dua pihak.
00:57We have been at it now.
Comments