Skip to playerSkip to main content
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan atau menghukum mana-mana pihak hanya berdasarkan rakaman video pendek berhubung insiden tular membabitkan dakwaan seorang anggota polis memijak kepala suspek di Kulim, Kedah, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakaman yang tersebar di media sosial hanya memaparkan detik singkat tanpa menggambarkan keseluruhan situasi ketika kejadian berlaku.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776628/berita/semasa/polis-pijak-kepala-suspek-jangan-hukum-berdasarkan-video-pendek-kata-saifuddin

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #kespolispijakkepalasuspek #KDN #saifuddinNasution

Category

🗞
News
Transcript
00:00Yang pertama, sebarang tindakan pengakkuasaan oleh pegawai polis
00:05Mereka sudah ada satu SOP yang sedia maklum oleh semua anggota polis yang menjalankan tugas mereka
00:15Tentunya dalam perkara ini, saya sudah pun menghubungi Ketua Polis Kedah untuk menyegerakan siasatan
00:24Semak sama ada ada kepatuhan tetap-tacara dari si pengakkuasaan
00:30Kemudian jika di sana ada keperluan, saya lapik ayat kita
00:35Kalau pada akhir siasatan itu menunjukkan ada keperluan untuk menggerakkan jabatan integriti
00:42Bagi menilai sama ada SOP itu ada pelanggaran itu tidak
00:47Saya kena tengok semua, tak boleh buat tindakan sebrono
00:50Itu akan merentak semangat anggota polis ketika membuat pengakkuasaan
00:55Sebab mereka yang menjadi suspek ini kadang-kadang agresif
01:00Yang kita tengok itu berapa tempoh yang singkat
01:04Tapi sebelum itu, ada tak subjek yang kita tahan itu bertindak agresif?
01:13Ada tak dia menggerakkan motosikal dia menentang arus?
01:17Ada tak dia berlaku insiden dia melanggar kenderaan polis?
01:21Saya bagi beberapa tip ya, beberapa hint
01:24Jadi biar pasangkan polis siasat dulu
01:26Jangan kita hukum hanya kerana kita tengok video beberapa saat tu lah
01:30Dia ada beberapa perkara yang disebalik sebelum daripada insiden itu dirakam dan disebabkan
01:37Terima kasih telah menonton!
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended