Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kerajaan Perancis akan melanjutkan serta memperkukuh bantuan bersasar kepada petani, nelayan dan pekerja pengangkutan bagi mengurangkan kesan ekonomi akibat konflik di Asia Barat.
Transcript
00:00Kerajaan Perancis akan melanjutkan serta memperkukuh bantuan bersasar kepada petani, nelayan dan pekerja pengangkutan bagi mengurangkan kesan ekonomi akibat konflik
00:09di Asia Barat.
00:10Perdana Menteri Perancis, Sebastian Le Corneau berkata, langkah itu termasuk pemberian sokongan kepada pengguna bahan api berat dengan kadar purata
00:1820 sen euro selita yang dijangka memanfaatkan kira-kira 3 juta pekerja berpendapatan rendah.
00:25Beliau berkata demikian selepas mesyuarat peringkat Menteri berkaitan tenaga pada selasa.
00:31Menurutnya, kenaikan mendadak harga bahan api sejak beberapa minggu lalu memberi tekanan besar kepada sektor yang bergantung kepada diesel seperti
00:38pertanian, perikanan dan pengangkutan sekaligus menjejaskan margin operasi harian mereka.
00:43Langkah tersebut diambil ketika Perancis berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat dengan kerajaan berusaha mengawal kos perang, disamping memastikan perbelanjaan
00:53awam kekal terkawal.
00:54Dalam perkembangan berkaitan, ratusan kapal tangki minyak dan kapal lain dilaporkan terkandas di kawasan Teluk sejak konflik Iran bermula pada
01:0228 Februari, menyebabkan bekalan minyak global merosot sekitar 20% dalam gangguan bekalan terbesar pernah direkodkan.
Comments

Recommended