Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara dibuka setakat Rabu bagi menempatkan 1,912 mangsa daripada 385 keluarga susulan kebakaran besar yang memusnahkan lebih 1,000 rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan pada Ahad. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Transcript
00:00Dan sebanyak 8 buah pusat pemindahan sementara PPS telah dibuka setakat rabu bagi menempatkan kesemua mangsa terkesan akibat kebakaran lebih
00:081,000 buah rumah atas air di kampung bahagia sandakan yang musnah sepenuhnya pada had.
00:13Menurut Sekretariat Jatuh Kuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sabah, kesemua 8 buah PPS yang telah dibuka menempatkan 1,912 mangsa
00:22daripada 385 keluarga.
00:25Jelasnya mangsa-mangsa terlibat telah ditempatkan di PPS Dewan Projek Permahana Rakyat Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan Sekolah
00:32Kebangsaan Kampung Bahagia, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga dan Sekolah Kebangsaan Karamunteng.
00:39Selain itu, dua lagi PPS dibuka pada Isnin iaitu Dewan Serba Guna Warga Tua dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tionghoa,
00:45susulan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan pagi hari ini.
00:49Walaupun demikian, dalam kejadian tersebut, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan atau kecederaan dilaporkan kebakaran besar yang berlaku di perkampungan atas
00:56air kampung bahagia pada ahal lepas memusnahkan kira-kira seribu buah rumah dan membabitkan kawasan seluas lebih 4 hektare.
01:04Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended