Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca ribut petir dan hujan pada sebelah petang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak hari ini, melibatkan kawasan bandar serta pedalaman. Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan membuat perancangan dengan teliti.
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, Malaysia meramalkan cuaca ribut petir dan hujan bakal melanda pada sebelah petang di beberapa buah negeri semenanjung
00:07termasuk Sabah dan Sarawak pada hari ini.
00:10Ramalan tersebut dikeluarkan merangkumi penempatan di kawasan bandar dan beberapa kawasan pedalaman.
00:15Di semenanjung Malaysia menjagakan cuaca ribut petir bakal melanda kawasan di Pahang, Selangor, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, wilayah Persekutuan Putrajaya,
00:23Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
00:25Cuaca sama diramalkan melanda di kawasan pedalaman melibatkan negeri Perak, Kelantan dan juga Terengganu.
00:31Setelah itu di Sabah ribut petir bakal melanda kawasan di pedalaman manakala cuaca hujan dijangka melanda kawasan di Pantai Barat
00:37dan Tawau.
00:39Sementara itu di Sarawak pula diramalkan akan dilanda dengan ribut petir melibatkan daerah Kuching, Serian, Seri Aman, Sibu, Kapit, Bintulu,
00:47Miri dan Limbang.
00:48Semua itu, Med Malaysia menyuruh orang ramai supaya membuat sebarang perancangan secara berwaspada dan boleh mendapatkan perkembangan semasa mengenai ramalan
00:55cuaca di laman rasmi di www.met.gov.my.
Comments

Recommended