Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa Iran mahu Selat Hormuz dibuka semula bagi mengelakkan kehilangan hasil minyak, namun menegaskan Amerika Syarikat akan terus menutup sepenuhnya laluan strategik itu di tengah-tengah perbincangan gencatan senjata. Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Trump mengumumkan pelanjutan gencatan senjata tanpa had waktu bagi memberi ruang kepada usaha diplomasi, meskipun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak Iran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa Iran mahu selat hormus dibuka semula bagi mengelakkan kehilangan hasil minyak
00:07namun beliau akan terus menutup selat penting itu sepenuhnya di tengah-tengah perbincangan gencatan sejata.
00:12Trump menerusi hantaran di platform Truth Social maklumkan perkara berkenaan beberapa jam selepas beliau umumkan keputusan
00:18untuk melanjutkan gencatan sejata dengan Iran tanpa had waktu.
00:22Ujah Trump dalam hantarannya juga menyatakan bahawa keputusan melanjutkan tempoh tersebut adalah bagi memberi lebih ruang kepada usaha diplomasi dalam
00:30konflik yang kini berlarutan selama tujuh minggu.
00:33Selain itu, Trump turut mendakwa Pakistan telah meminta beliau menangguhkan rancangan serangan ketenteraan Amerika Syarikat
00:38bagi membolehkan pemimpin Iran dan wakil-wakil berkaitan merangka satu cadangan bersama ke arah penyelesaian konflik.
00:44Bagaimanapun, pegawai Iran secara terbuka menolak dawaan bahawa Teheran memohon lanjutan-lanjutan gencatan sejata
00:50selain mengulangi ancaman untuk memecahkan sekatan Amerika Syarikat ke atas selat hormus dengan kekerasan.
Comments

Recommended