Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di Malaysia tahun ini tampil dengan pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan dan masyarakat, termasuk pelaksanaan inisiatif Kota Baca 2026. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Adibah Omar berkata, program selama empat hari itu menggabungkan elemen digital dan fizikal bagi memperluas capaian serta menarik minat rakyat terhadap pembacaan. Pelbagai aktiviti dianjurkan di Dataran Merdeka termasuk jualan buku, wacana ilmu dan program tukar buku terbesar di Asia Tenggara. Inisiatif ini turut memberi tumpuan kepada golongan yang belum menjadikan membaca sebagai kebiasaan, dengan matlamat menjadikan buku sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat.
Transcript
00:00Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di Malaysia tahun ini tampil dengan pendekatan lebih menyeluruh, menerusi perlibatan kerajaan dan
00:08masyarakat, sekaligus memperkukuk usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat.
00:13Ketua Bagai Eksekutif Perbanan dan Kota Buku, Adibah Omar berkata, buat pertama kali sambutan dianjurkan secara berskala nasional selama empat
00:20hari dengan gabungan elemen dalam, talian dan juga fizikal.
00:26Seluruh dunia meraihkan Hari Buku pada 23 April. Di Malaysia, berdekat-dekat kita juga raikan tetapi mengikut kemampuan organisasi dan
00:40juga macam pertubuhan perbukuan masing-masing.
00:44Tapi di peringkat nasional, ini yang pertama kali secara kita panggil whole government, whole society approach di mana kita mengadakan
00:57sambutan selama empat hari.
00:59Menurut beliau, pendekatan hybrid yang menggabungkan aktiviti digital dan fizikal dilihat mampu memperluas capaian sambutan termasuk pengelibatan rakyat Malaysia di
01:10luar negara.
01:10Dalam masa sama, sambutan di Dataran Merdeka bakal menampilkan lebih seratus reruai perbukuan serta pelbagai aktiviti interaktif seperti wacana ilmu,
01:21larian buku dan program tukar buku terbesar di Asia Tenggara.
01:2524, 25, 26. Kita tahu kalau nak jadikan ianya optimum, berkesan, kita mesti ada elemen fizikalnya itu.
01:39Pendekatan hybrid ini kita lakukan di Dataran Merdeka pada hari Jumaat ini, Sabtu dan Ahad.
01:47Tiga hari, seratus reruai perbukuan.
01:51Ada jualan buku, ada wacana ilmu, ada treasure hunt, ada kereta pisarong, ada larian buku, ada apa lagi, ada kilah
02:01buku dan sebagainya.
02:03Ini akan berlangsung selama tiga hari dan kemuncaknya, Sabtu malam nanti akan ada program tukar buku paling besar di Asia
02:16Tenggara.
02:16Mengulas perbezaan pendekatan kota baca 2026 berbanding pesta buku sediada, Adibah menjelaskan inisiatif itu memberi tumpuan kepada golongan yang belum
02:27menjadikan membaca sebagai kebiasaan.
02:30Usaha ini katanya menjadi titik perubahan dalam memudayakan pembacaan di Malaysia bukan sekadar melalui acara berskala besar tetapi sebagai gerakan
02:40berterusan yang mendekatkan buku dengan masyarakat.
Comments

Recommended