Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM136,115.16 pada 2024 dan tahun lalu.
Transcript
00:00Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pembentangan Malaysia, JUPEM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur atas dua pertuduhan.
00:06Menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah 136,115.16 sen pada 2024 dan tahun lalu.
00:16Tertuduh Dato' Hasni Hassan berusia 57 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Suzanna Hussein.
00:29Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sebagai pengerusi Lembaga Juruk Kota Tanah Malaysia, LJT,
00:35menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berupa dana LJT berjumlah RM30,201.16 sen bagi kepentingan diri sendiri.
00:46Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan mengambil bahagian dalam mesyuarat lembaga yang membincangkan penyataannya
00:53ke-14 Session of the United Nations Committee of Experts on Global Geospatial Information Management UNGGIM
01:01di New York, Amerika Syarikat dari 4 hingga 9 Ogos 2024.
01:06Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama pada 31 Disember 2024
01:12di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara dengan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berupa dana LJT berjumlah RM105,914.
01:23Ia berkaitan penyataannya dalam mesyuarat bersama serta program berkaitan rangka kerja geospesial antarabangsa
01:30yang diadakan di Madinah dan Jeddah, Arab Saudi dari 29 Januari hingga 4 Februari 2025.
01:37Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23 Kurungan 1 Akta Suruhanjaya Penjagaan Rasuah
01:44Malaysia 2009 Akta 694 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24 Kurungan 1 Akta Sama.
01:52Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang
01:58daripada 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
02:04Pada 17 April lalu, Ketua Pesuruh Jaya Suruhanjaya Penjagaan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azam Baki berkata
02:12Ketua Pengarah dan seorang pegawai kanan JUPAM terbabit dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000.
02:20M
02:21Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended