Skip to playerSkip to main content
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa, atas satu pertuduhan menyalah guna kad kredit rakan sendiri, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Muhammad Afiq Mohd Alfian, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Faezahnoor Hassan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/776647/berita/semasa/pekerja-kilang-tidak-mengaku-salah-guna-kad-kredit-rakan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Pekerja #Kilang #KadKredit #Rakan
Transcript
00:01Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur pada Selasa
00:07atas satu pertuduhan menyalahguna kad kredit rakan sendiri bulan lalu.
00:13Muhammad Afiq Muhammad Alfian, 22 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Faizah Nur Hassan.
00:22Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menyalahgunakan kad kredit Aeon Credit milik seorang lelaki berusia 23 tahun
00:31dengan nilai transaksi sebanyak RM1,099 di Aeon Credit Service M Sendirian Berhad, Bangsa South City pada 6 Mac lalu.
00:42Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 6 bulan hingga 5 tahun
00:50dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
00:54Semasa proseding, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Muhammad Puat mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.
01:05Bagaimanapun, Peguam Syarifah Syifa Said Baharum yang mewakili tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan
01:12dengan alasan anak guamnya hanya bekerja di kilang serta pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.
01:19Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak,
01:23Faizah Nur membenarkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin
01:29dan menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Comments

Recommended