Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Pergerakan kapal di Selat Hormuz kembali terhenti selepas bot bersenjata Iran melepaskan tembakan ke arah kapal dagang, sekali gus meningkatkan ketegangan dan menjejaskan laluan perdagangan global.
Transcript
00:00Ini merupakan perkembangan di Selat Hormuz di mana pergerakan trafik di Selat Hormuz dilaporkan terhenti semula
00:08selepas bot bersenjata Iran melepaskan tembakan ke arah kapal dagang.
00:14Pihak berkuasa Iran dikatakan menghentikan semula trafik hanya beberapa jam selepas Selat Hormuz dibuka secara sementara.
00:22Menurut laporan perkhidmatan analisis Maritime Lloyd List, sebahagian besar pemilik kapal yang terkandas diarahkan kembali ke kedudukan asal.
00:32Amaran turut dikeluarkan di radio bahawa Selat Hormuz kini berada di bawah pengurusan dan kawalan ketat Angkatan Bersenjata Iran.
00:42Teheran turut menggesa supaya tentera laut AS menarik balik sekatan terhadap pelabuhannya sebagai syarat untuk memulihkan pergerakan kapal.
00:50Perkembangan terkini ini meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan laluan perkapalan global
00:56serta risiko gangguan bekalan minyak dan gas.
Comments

Recommended