Skip to playerSkip to main content
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis atas satu pertuduhan meminta rasuah melebihi RM1 juta dan enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM450,000 berhubung projek menaik taraf Pusat Skuasy beberapa bulan lalu.

Iliyas, 42, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784256/berita/semasa/ceo-psm-didakwa-minta-rm1-juta-terima-rm450000-projek-naik-taraf-pusat-skuasy

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Rasuah #PSM #IliyasJamil
Transcript
00:00Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, PSM, Ilyas Jamil,
00:06mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Kuala Lumpur pada Khamis
00:10atas satu pertuduhan meminta rasuah melebihi RM1 juta
00:15dan enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM450,000
00:21daripada Yap Yewo Kun, penampuluh tahun.
00:25Ilyas, 42 tahun, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussein.
00:34Mengikut semua pertuduhan, beliau yang memakai kod berwarna biru gelap
00:38didakwa atas satu pertuduhan meminta suapan wang berjumlah RM1 juta 5,000
00:45dan enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM450,000 daripada Yap Yewo Kun, 60 tahun.
00:55Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada tertuduh selaku pegawai badan awam dan CEO PSM
01:02supaya bersetuju memilih syarikat Aerolux Power Constructions Sendirian Berhad
01:08sebagai pemenang tender projek menaik taraf gelanggang dan kemudahan sukan
01:12di Pusat Squash Nasional Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil
01:17yang bernilai RM8,733,197.
01:25Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat PSM serta sebuah restoran di sebuah pusat beli belah
01:32di Seri Petaling, Bukit Jalil antara 24 Februari hingga 13 April lalu.
01:38Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 kurungan A kurungan B
01:44Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 kurungan 1 Akta yang sama.
01:53Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000
01:57dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan 27 Julai
02:02untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
Comments

Recommended