00:00Pemimpin kumpulan 7G7 optimis terhadap prospek keamanan di Kiev selepas pertemuan yang disifatkan sangat baik.
00:09Antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Vladimir Zelensky,
00:15Trump menggesa Rusia mencapai perjanjian damai dengan Ukraine selepas mengadakan pertemuan dengan Zelensky pada selasa.
00:24Kenyataan Trump mencetuskan harapan baru dalam kalangan pemimpin G7 di mana usaha menamatkan perang yang kini memasuki tahun kelima berpotensi
00:33menghasilkan perjanjian damai.
00:35Perkembangan itu berbeza sama sekali dengan pertemuan Zelensky dan Trump di Washington pada tahun lalu apabila pemimpin Ukraine itu diberitahu
00:43Kiev tidak mempunyai banyak kelebihan dalam sebarang rundingan damai dengan Moskow.
00:48Zelensky bersama sekutu Eropahnya menghadiri sidang kemuncak G7 di Avian Perancis pada minggu ini dengan harapan dapat meyakinkan Trump di
00:56mana kedudukan Ukraine di medan perang semakin kukuh
00:59susulan kejayaan serangan drone yang menembusi jauh ke dalam wilayah Rusia.
01:04Trump yang hadir ke sidang kemuncak itu selepas mengumumkan perjanjian awal bagi menamatkan konflik dengan Iran berkata
01:11beliau akan berusaha sedaya upaya untuk menamatkan perang di Ukraine namun tidak memperincikan langkah khusus bagi meningkatkan tekanan terhadap Moskow.
01:20Selepas pertemuan bersama Trump, Zelensky memberitahu Reuters bahawa pemimpin G7 bersetuju bahawa Rusia masih belum memenangi perang tersebut.
01:29Beliau berkata mereka juga membincangkan kemungkinan sekatan tambahan yang menyasarkan ekspor minyak Rusia sektor perbankannya serta pengeluaran ketenteraan bagi memaksa
01:39Moskow ke meja rundingan.
Comments