00:02Pakatan Harapan PH dijangka umum calon pilihan raya negeri PRN Johor pada isnin depan.
00:09Pengerusi Madlis Pimpinan PKR Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata pengurusan pengumuman itu dijangka dibuat pada madlis yang melibatkan
00:17pemimpin tertinggi parti termasuk pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:23Bercakap kepada bernama, beliau yang juga naik presiden PKR berkata pengumuman terbabit dijangka akan dibuat di Bukit Gambir Tangkak.
00:30Dr. Zaliha berkata pemilihan lokasi itu bagi menyemarakkan gelombang sokongan rakyat yang semakin meningkat selepas beberapa siri program di zon
00:38utara termasuk di Bukit Naning yang menunjukkan respon sangat menggalakkan.
00:43Selain itu, beliau berkata proses pemilihan calon melibatkan pandangan peringkat cabang bagi memastikan mereka dipilih benar-benar memahami keperluan masyarakat
00:51setempat dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
00:54Katanya PH tidak memasuki gelanggang pilihan raya sekadar untuk menambah bilangan kerusi dimenangi sebelum ini sebaliknya dengan sasaran membentuk kerajaan
01:02negeri.
01:03PH akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan PKR meletakkan calon di 20 kerusi, DAP 17 dan
01:11Amanah 19.
01:11PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai dengan penamaan calon pada 27 Jun dan pengundian awal pada 7 Julai.
Comments