Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Walaupun perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran menjanjikan pembukaan semula Selat Hormuz tanpa sekatan, kebimbangan keselamatan masih tinggi berikutan ancaman periuk api dan kawalan bersama Iran-Oman. Penganalisis menjelaskan laluan itu belum benar-benar bebas sepenuhnya, sekali gus menimbulkan risiko berterusan kepada perdagangan minyak global.
Transcript
00:00Meskipun syarat perjanjian damai antara Washington dan Teheran menyebut bahawa tiada lagi sekatan ke atas kapal dagang yang melalui selat
00:07hormus, namun kebimbangan mengenai kewujudan periuk api di laluan itu masih tinggi.
00:12Menurut fellow Kanan Akademi Penelidikan Strategi Nusantara Dr. Azmi Hassan, selain daripada isu keselamatan, pengendalian bersama selat terpenting itu antara
00:21Iran dan Oman juga mempunyai risiko menjadikan pembukaan selat itu bukan secara 100%.
00:29Walaupun Amerika Syarikat mengatakan mereka telah menarik balik sekatan embago pelabuhan Iran dan Iran mengatakan akan membuka selat hormus tidak
00:41lama lagi tapi pergerakan itu masih lagi terhad, belum lagi nampak pergerakan sebelum perang.
00:48Tetapi hakikatnya adalah bila bermula air Jumaan ini, Iran akan membukanya 100% tapi yang paling penting adalah teriuk api
00:58masih berada yang belum lagi ditentukan, yang masih lagi dalam keadaan bahaya.
01:04Tetapi dalam 60 hari itu, Iran mengatakan bahawa walaupun selat hormus akan dibuka 100% tetapi pengendaliannya akan dilakukan secara
01:17bersama dengan Oman.
01:18Maksudnya, ianya bukan terbuka 100%.
01:23Beliau berkata demikian dalam bulletin awal ini mengulas mengenai pasca pemeteraian perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran.
01:31Pada 18 Jun, Presiden Donald Trump dan Presiden Iran Masud Pezashkin telah menandatangani Memorandum Persefahaman MOU yang bertujuan menamatkan konflik
01:40antara kedua-dua negara.
01:42Memorandum berkenaan dimeterai secara digital lebih awal pada ahad oleh Naib Presiden Amerika Syarikat Jerry Vance dan Ketua Perunding Iran
01:50Muhammad Bakir Khalibaf dengan proses itu turut disaksikan oleh Trump.
01:55Perjanjian itu juga dijangka membuka semula selat hormus yang merupakan laluan penting perdagangan minyak dunia.
02:02Selain itu, Trump juga menyifatkan perjanjian tersebut sebagai langkah penting ke arah menamatkan konflik dan memulihkan kestabilan di Asia Barat.
02:09Bagaimanapun, pelaksanaan penuh perjanjian itu dijangka bergantung kepada pematuhan kedua-dua pihak terhadap komitmen yang telah dipersetujui dalam MOU berkenaan.
Comments

Recommended