Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Ogos depan untuk mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghalang Toh Puan Na’imah Abdul Khalid daripada menguruskan aset luar pesisir di Jersey, sebuah wilayah naungan Mahkota British.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 13 Ogos depan untuk mendengar permohonan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM
00:08bagi menghalang Tuh Puan Naimah Abdul Khalid daripada menguruskan aset luar pesisir TGC, sebuah wilayah naungan mahkota British.
00:17Hakim Nur Rwina Matnurdin menetapkan tarikh tersebut semasa prosedur pengurusan kes yang dihadiri timbalan pendakwa raya Mahadi Abdul Jumaat
00:25dan Peguam Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid mewakili Naimah.
00:30Permohonan difilkan SPRM selaku pendakwaan bagi menghalang balu Tundaim Zainuddin itu
00:36atau mana-mana pihak berkaitan dengannya daripada menguruskan aset luar pesisir berjumlah 157.5 juta dolar Amerika,
00:45kira-kira 667 juta ringgit dan 85 juta pound sterling atau 4.9 bilion ringgit yang terletak di wilayah berkenaan.
00:54Pada 25 Jun tahun lepas, SPRM memfalkan permohonan itu mendakwa aset berkenaan diperoleh Naimah
01:01atau individu yang mempunyai kaitan dengan beliau di Malaysia dan tidak diisytiharkan kepada lembaga hasil dalam negeri.
01:08Ia merupakan permohonan ketiga difilkan pihak pendakwaan selepas dua permohonan terdahulu
01:13membabitkan aset di United Kingdom dan Singapura.
01:17Pada 19 Jun 2025, SPRM memfalkan permohonan untuk menghalang Naimah,
01:22anaknya Muhammad Amir Zainuddin, dua individu, lima syarikat atau mana-mana pihak berkaitan dengannya
01:28daripada menguruskan harta yang berada di luar Malaysia iaitu wang pelaburan 21 juta pound sterling,
01:35kira-kira 121 juta ringgit dan 99 juta dolar Amerika atau 423 juta ringgit di Singapura.
01:42Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Mei 2026 menolak permohonan pendakwaan
01:48untuk mendapatkan perintah larangan terhadap wang pelaburan berkenaan.
01:52Sementara itu, bagi kes membabitkan The Ilham Foundation,
01:56mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk keputusan permohonan Naimah
02:00bagi membatalkan permohonan SPRM membekukan beberapa bangunan komersial
02:05dan kediaman di London United Kingdom bernilai 132 juta pound sterling.
Comments

Recommended