Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada Rusia atas pendirian konsisten mengenai Gaza dan Iran, sambil menekankan kepentingan gencatan senjata, akses kemanusiaan serta penyelesaian diplomatik dalam konflik Asia Barat.
Transcript
00:00Merakamkan penghargaan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu berhubung isu Gaza dan situasi geopolitik semasa yang
00:10membabitkan Iran.
00:11Anwar berkata Rusia telah mengekalkan pendirian berprinsip terhadap kedua-dua isu berkenaan.
00:19Berucap pada mesyuarat dua hala dengan Putin di Kazan, Anwar mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas pendirian berhubung Gaza dan
00:27Iran.
00:27Ini kerana katanya Rusia dan Putin sendiri mengambil pendirian yang sangat konsisten serta berprinsip berhubung isu Gaza.
00:35Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia dan kebanyakan pihak lain mengagumi keteguhan serta keyakinan Putin dalam mempertahankan pendirian itu.
00:45Justru bagi pihak Malaysia dan ramai yang lain adalah perlu untuk memaklumkan kegaguman, berhubung keteguhan dan keyakinan dimiliki Rusia dan
00:53juga Putin.
00:53Anwar berkata dari sudut geopolitik, Gaza dan Iran menjadi isu utama dalam persaingan pengaruh yang lebih meluas di Asia Barat
01:02yang turut membabitkan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan China.
01:07Dalam hal ini, Rusia secara konsisten mengambil pendirian menyokong gecata senjata di Gaza, akses kemanusiaan untuk rakyat Palestine serta penyelesaian
01:16diplomatik terhadap konflik serantau.
01:18Malah Moskow juga mengekalkan hubungan rapat dengan Tehran sambil menggesa dialog dan penyelesaian melalui rundingan berbanding konfrontasi ketenteraan.
Comments

Recommended