00:00Bekas Menteri Kesihatan Britain, Wes Stething, umum sedia mencetuskan pertandingan pemilihan baharu Parti Buruh
00:06bagi menggantikan Perdana Menteri Kia Stama seawal minggu depan.
00:09Beliau turut menggesa penambatan segera terhadap keadaan yang disifatkannya sebagai ketidaktentuan dan kelumpuhan dalam kerajaan.
00:19Stething yang mendakwa mendapat sokongan 81 ahli Parlimen Parti Buruh yang diperlukan untuk mencetuskan cabaran kepimpinan memberitahu
00:27pemilihan itu wajar dimulakan secepat mungkin.
00:31Parti Buruh ketika ini sedang menunggu keputusan pilihan raya tempatan di Maccafield
00:35bagi melihat sama ada Datuk Bandar Greater Manchester Andy Burnham berjaya memenangi kerusi berkenaan dan kembali ke Parlimen.
00:42Jika berjaya, Burnham dijangka menjadi pencabar utama kepada Stama.
00:47Stama berulang kali menegaskan beliau akan mempertahankan jawatannya
00:51dan berpendapat pertandingan kepimpinan bukan langkah yang sesuai untuk negara ketika ini.
00:57Bagaimanapun, Stating tidak bersetuju dengan Stama atas alasan negara tidak boleh terus berada dalam keadaan tidak menentu dan lumpuh yang
01:05dialami sekarang.
01:06Stating meletakkan jawatan bulan lalu sebagai tanda bantahan terhadap rekod pentadbiran Stama
01:12sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa cabaran kepimpinan mungkin berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
01:19Kedudukan Stama turut berdepan tamparan besar selepas Menteri Pertahanan Britain yang dihormati ramai,
01:25John Healy turut meletakkan jawatan pada minggu lalu.
01:28Peletakan jawatan itu disertai kritikan keras terhadap rekod Stama khususnya berhubung peruntukan dana
01:34untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan negara.
Comments