00:00Baik ketegangan berterusan antara Iran dan Amerika Syarikat terus menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran tenaga global dengan harga minyak mentah kekal
00:08tinggi di atas paras 100 dolar Amerika Setung.
00:11Dan situasi ini menimbulkan persoalan mengenai risiko inflasi, daya tahan ekonomi dan juga keberkesanan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya
00:19dalam menghadapi tekanan kos yang semakin meningkat.
00:22Dan dalam konteks ini, tumpuan turut terarah kepada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia serta halatuju dasar moneteri negara dalam tempoh terdekat.
00:30Jadi untuk kupas lebih lanjut bersama dengan kami, dalam talian ini adalah Abdul Moiz Murhalim, pakar ekonomi MBSB Research.
00:36Baik Moiz, kalau kita lihat harga minyak pun telah naik melebihi 100 dolar Amerika Setung disebabkan oleh peperangan yang berlaku
00:43antara Iran, Amerika Syarikat dan juga Israel.
00:45Dan ini memungkinkan berlanjutan untuk beberapa minggu akan datang.
00:49Jadi bagaimana Moiz melihat kesan kenaikan harga minyak ini terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini?
00:54Adakah kekal? Ataupun mungkin apa Malaysia perlu bersedia dengan pertumbuhan lebih perlahan?
01:00Ataupun mungkin ekonomi dunia juga sedang menuju satu lagi kemelesetan disebabkan krisis minyak dan gas ini? Silakan.
01:07Okey, pertama sekali saya nak kongsi yang kami di MBSB Research telah menerbitkan laporan terbaru mengenai jangkaan kami terhadap situasi
01:19pasaran kewangan dan juga pertumbuhan ekonomi Malaysia.
01:22Dan melihat kepada krisis tenaga global yang berlaku kami merasakan pertumbuhan global mungkin akan sedikit terkesan sekiranya perperangan ini adalah
01:32dalam tempoh yang singkat.
01:34Tapi kita dapati memang keadaan nampaknya adalah lebih panjang daripada jangkaan dan keadaan ataupun paras harga minyak yang tinggi mungkin
01:44akan memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna.
01:46Jadi ini menjelaskan kenapa kami turut menurutkan unjuran pertumbuhan KDNK negara bagi 2026 kepada 4.2% perbanding jangkaan 46
01:56% yang kami unjurkan sebelum ini kerana mengambil kira kesan inflasi yang lebih tinggi mungkin akan menyebabkan pertumbuhan yang sedikit
02:03lebih perlahan bagi perbelanjaan domestik.
02:05Kami tidak menjangka akan berlaku penurunan cuma pertumbuhan itu adalah sikit lebih perlahan kerana perbelanjaan swasta contohnya mungkin akan berkembang
02:14sekitar 4.8% berbanding sekitar 5.6% yang kami jangka sebelum ini.
02:19Pada masa sama kami juga menaikkan keadaan inflasi untuk tahun ini ke sekitar 2% berbanding 1.8% yang
02:27kami unjurkan sebelum ini.
02:28Walaupun kerajaan masih mengekalkan keadaan petrosubsidi pada harga RM1.99 per liter tapi tekanan dari segi kenaikan kos pengelola mungkin
02:40akan menyebabkan harga-harga ataupun tekanan inflasi akan terus meningkat.
02:44Namun, bila kita lihat dari segi situasi ekonomi global, kami masih tidak mengambil kira kemungkinan berlakunya kemestetan kerana kita percaya
02:52masih ada usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menstabilkan bekalan tenaga selain daripada segi terdapat juga kekuatan dari segi fundamental
03:00untuk melihat kepada ekonomi domestik dalam Malaysia sendiri.
03:03Okey, kalau kita nak bandingkan dengan apa yang Muiz kongsikan tadi, apa pandangan Muiz melihat kepada unjuran terkini Bank Negara
03:10yang diterbitkan beberapa hari lalu
03:11di mana Bank Negara menjangkakan ekonomi Malaysia mampu berkembang sekitar 4 hingga 5% iaitu lebih tinggi ataupun lebih baik
03:18berbanding pertubuhan 4 hingga 4.5%
03:20yang diujurkan Kementerian Kewangan semasa pembentangan bajet kerajaan untuk tahun 2006. Jadi, adakah Bank Negara terlalu yakin bahawa tekanan inflasi
03:30daripada kenaikan harga minyak tidak akan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi negara?
03:37Pertama sekali, memang kalau kita lihat dari segi unjuran terbaru ini, dia menunjukkan ianya lebih optimistik kerana ianya sedikit lebih
03:46tinggi berbanding unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan sebelum ini.
03:50dari segi baseline mungkin kita lihat keyakinan Bank Negara mungkin konflik ini mungkin tidak akan berlanjutan melebihi dua bulan. Itu
04:00adalah berdasar baseline senario yang dibetangkan.
04:03Selain itu, saya percaya terdapat juga keyakinan melihat kepada fundamental yang saya nyatakan tadi mengenai kemampuan pertumbuhan perbelanjaan domestik dan
04:14pada masa sama ada juga tanda-tanda menunjukkan kestabilan ekspor.
04:18Jadi, dua faktor ini dijangka mungkin akan memberi sokongan yang lebih baik pada pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini.
04:25Selain itu, balik kita lihat dari segi julat yang lebih besar juga turut menunjukkan Bank Negara masih agak bimbang melihat
04:32kepada keadaan senario di luar, melihat kepada konflik yang berlaku di tengah-tengah.
04:36kerana paras pertumbuhan 4% ini adalah lebih sederhana dan kalau kita lihat dari segi jangkaan Bank Negara mungkin akan
04:43pertumbuhan ekonomi mungkin menurun lebih rendah daripada keadaan 4% melihat kepada senario sekiranya harga minyak melebihi paras 110 dolar
04:51setong.
04:52dan kita dapati sebenarnya Bank Negara turut menaikkan unjuran inflasi kepada 1.5% ke 2.5% menunjukkan terdapat
05:01juga jangkaan akan berlakon sedikit peningkatan dari segi tekanan inflasi.
05:04cuma bila kita lihat daripada segi kesal secara keseluruhannya nampaknya mungkin kita mungkin masih dapat mampu mengekalkan pertumbuhan positif
05:14dengan harapan situasi di tengah-tengah ini mungkin akan meredah sekiranya perengan ini dapat diberakhir dalam tempoh mungkin dalam 3
05:25ke 4 minggu daripada sekarang.
05:27Berbalik kepada respon yang dibuat kerajaan mendepani krisis senaga global ini.
05:31selain pemotongan kota bagi budi 95 daripada 300 ke 200 liter yang juga menghadkan pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan
05:40juga Labuan
05:40kerana juga telahpun mengumumkan dasar BDR ataupun bekerja dari rumah untuk sektor awam dan juga syarikat berkaitan kerajaan yang akan
05:47bermula pada 15 April.
05:49Jadi adakah pendekatan ini sebenarnya boleh menyebabkan perpanjuan pengguna menjadi lebih perlahan kerana ianya seakan-akan kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan
05:57sewaktu pandemik COVID-19 sebelum ini.
05:59Apa pendapat Muis tentang perkara ini?
06:02Pertama sekali kalau kita lihat dari segi tujuan utama untuk memperkenalkan dasar BDR atau bekerja dari rumah ini adalah
06:10pertujuan untuk mengurangkan permintaan ataupun penggunaan minyak kerana kita perlu memastikan jumlah inventori ataupun penawaran minyak
06:20yang ada dalam negara itu adalah mampu untuk dikekalkan.
06:24Pada masa sama kita dapati memang ada tekanan kepada kedudukan fiskal negara kerana bebanan subsidi untuk mengekalkan harga subsidi sedia
06:35ada
06:35telah menyebabkan lonjakan tekanan fiskal untuk subsidi minyak daripada 0.7 bilion kepada 4 bilion sebulan.
06:44Ini menunjukkan jumlahnya adalah lebih besar dan akan berlaku tekanan kepada kewangan kerajaan.
06:52Dan kita perlu bezakan juga suasana COVID sebelum ini adalah melibat kepada isu kesehatan dan penjarakan sosial itu adalah
07:01juga menjadi punca kenapa orang ramai mungkin tidak mahu keluar dari rumah.
07:06Tetapi pada situasi ini walaupun mungkin kita dapati akan berlaku penurunan sedikit perbelanjaan makanan khususnya di sekitar pejabat-pejabat kerajaan
07:15tapi kita mungkin boleh menjangka simpanan daripada pengurangan perbelanjaan minyak ini mungkin akan digunakan untuk belian makanan di sekitar kawasan
07:23perumahan
07:23ataupun mungkin digunakan untuk pembelian lain mungkin melalui peningkatan pembelian melalui atas talian.
07:29Jadi secara makronya kita tak menjangka akan berlaku pengurangan mendadak dari segi perbelanjaan pengguna
07:35tetapi ianya mungkin akan diarahkan kepada menyokong perbelanjaan kepada perkara-perkara lain.
07:43Dan bercakap mengenai penyelarasan lah.
07:45Bagaimana Muiz melihat mood atau sentimen di pasaran kewangan mengenai jangkaan perubahan dasar yang bakal dibuat oleh bank-bank pusat
07:52dalam hadapi tekanan inflasi yang lebih tinggi dan pendapat di pasaran akhir-akhir ini nampak tidak lagi menjangkakan Fed akan
07:59terus
07:59menurunkan kadar faidahnya pada tahun ini.
08:01Jadi adakah Muiz bersetuju dengan pandangan tersebut dan bagaimana kesannya kepada pergerakan nilai matahari untuk tahun ini?
08:09Pertama sekali memang tidak mengejutkan bila kita dapati tekanan inflasi ini menyebabkan berlakunya perubahan dari segi jangkaan pasaran.
08:18Kerana kita dapati sebelum mesyuarat FOMC yang diadakan oleh Fed beberapa minggu lalu masih terdapat jangkaan Fed akan terus melakukan
08:27sekurang-kurangnya satu lagi potongan kepada kadar faidahnya tahun ini.
08:31Tetapi melihat kepada peperangan yang berlaku di Timur Tengah dan juga kenaikan kebimbangan melalui kenaikan inflasi ini menyebabkan berlaku perubahan
08:40yang mana bank-bank pusat dijangka akan menaikkan kadar faidah walaupun bagi saya untuk bank negara mungkin OPR tidak akan
08:48dinaikkan kerana memahami kenaikan OPR juga akan memberi tekanan kepada rakyat dan juga peniaga selain daripada kenaikan harga minyak.
08:56Jadi kalau kita lihat dari segi perubahan ini adalah seperti yang kita jangkalah sebab kebiasaannya bank pusat akan melihat kepada
09:06kenaikan kadar faidah untuk menyebabkan tekanan inflasi.
09:09Dan ini menjelaskan kenapa ringgit juga nampaknya sedikit melemah kembali mencecah paras RM4 untuk 1 USD berbanding di bawah RM3
09:19.90 pada penghujung Februari.
09:21Dan sekiranya keadaan ini berterusan mungkin ringgit akan kekas stabil sekitar keadaan yang setiap ada tetapi kami menjangkakan sekiranya keadaan
09:31lebih reda dan situasi bertambah baik
09:33mungkin ringgit mampu akan kembali mengukuh ke sekitar RM3.90 ataupun RM3.92 pada tahun ini.
09:43Baik itulah realiti yang dihadapi ketika harga minyak global kekal tinggi dan juga ketidaktentuan dunia masih belum reda.
09:49Jadi terima kasih diucatkan kepada Abdul Maiz Murhalim pakar ekonomi MBSB research atas perkongsian itu tadi.
Comments